Saturday 29 October 2016

1

Assalamualaikum

Sorry kalau aku balas lambat, dua tiga hari ini aku agak busy dengan kerja2 semasa, lepastu ada masalah2 yg nk kena settle.

Ok berbalik pada apa yang aku nak cerita dan bahaskan pada kau, mungkin ada bercangah dan ada terkurang ataupun apa-apa sahaja kelemahan dalam apa yang aku kata, sebab ni atas dasar perjalanan hidup aku sendiri.
Yup, aku tahu kisah yang kau kongsikan tu, aku sendiri tahu niat penulis tu apa.

Ni dari bahagian aku pula,

Yup , sejujurnya lelaki memang betul macam apa yang dia kata, aku sendiri tak pernah nafikan dan aku pun pernah berkata benda yang sama dekat mana perempuan yang aku rasa dia tak tahu perkara ni. Mungkin kau share dekat aku sebab kau nak bagi perjelasan sebab tu kau x chat dgn aku sangat, ok , aku faham. Hahaha, sebenarnya kau kena faham konsep apa yg dia kata dan bagi aku pula ada yang dia kata juga tak betul, contoh ayat aku ambil .. hampir 99% jugak mcm tu dia kata, bgi aku pula 100% jdinya semua lelaki sama. Tiada beza pun. Dan bila sambung lagi dia kata, “kalau kau (;lelaki) taka da ciri2 kata bawah nni, maksudnya kau ni termasuk dalam golongan 1% la kot, kot la” jdinya kau ingat laki tu ada ke nk rasa dia ada ciri2 tu haha semua sama je x nk mengaku nk jdi yg 1% , ibarat bgi aku penulis tu nk kata mungkin dia tergolong dalam 1% sbb dia bgitau perempuan ttg rahsia ni hahaha.

dekat sini aku nak bagi tahu, dalam diri manusia takde kot-kot ni. Sama je semua…

jadi harini aku nak cerita sebenarnya rahsia lelaki dekat kau. Aku tak label 99% sbbnya aku ni penulis jdi aku x nk terasa yg aku ni  1% tu.

ok , secara ringkas dari apa yg kau dh faham dari penulisan dia semua tu kn.

1.bab kena kacau dgn lelaki yg suka dkt perempuan , tpi perempuan x suka. jdi dkt sini aku bgi hujah aku, mungkin ada sama.. ok lepastu aku nk sambung sikit lgi bab ngumpat berantai2 sampai MLM bagai tu kan hahaha. sebenarnya dia salah, yup lelaki sama dari segi mata, mulut, telinga, hidung tapi HATI tak sama. Dia sama bab ngumpat tpi x sama bila jdi rantai2 tu. Lelaki jarang ada masa nk mengumpat berantai-rantai, ni dari sudut pandangan aku sepanjang hampir 20 tahun aku hidup dgn lelaki2 sekeliling aku. X pernah lagilah sesame kitaorang nk merantai-rantai benda x de makna haha. Kedua, lelaki ada jeniis jugak , ada yg kalau betul2 dia minat dia akan terus usaha sampai dapat dan ada yang jenis main2 sekadar touch n go. Jdi yg touch n go tu lah yg jenis x kisah sbb dia hanya nk buat perempuan sebagai stok dia je. Ok ni untuk yg pertama, next…

2. Private mesej, bab emoji .. sama jugak , lelaki tu sama dri segi tiga perkara tpi kali ni aku tambah hati sekali sama Cuma akal lak lain. Memang betul itu akan terjadi pada lelaki yg suka perempuan tu, tpi x kn jdi pape kalau dkt laki yg hanya sekadar berkawan dgn perempuan tu.. bila dia kata lelaki kuat perasan dan perempuan susah nk perasan, aku xpercaya pun perkara ni haha. Sebab je dua jantina ni sama je jenis , yg bezakan sebenarnya keperibadian masing2 yg kuat atau tak bab perasan. Hahaha tipulah kalau perempuan x kuat perasan.  Bab emoji nak kau tengok pada oranglah, mcm aku ni .. aku jenis open jdi emoji apa pun aku akan gelak hahaha lepastu aku hanya anggap benda tu sekadar emoji x bawak masuk walaupun kau hantar yg love apa ke bagai sbb aku ni bekerja dgn mcm2 jenis orang. Setakat emoji ni dh benda x lut bagi aku, mcm2 lgi aku pernah terima haha jdi aku jenis selagi benda tu x bawak kepada kemungkaran dan aku dalam pemikiran positif dan waras serta iman aku sendiri tahu yg benda tu sekadara gurauan untuk taknak sunyikan suasana dalam perbualan jdinya aku cool je haha.tapi tak tahu lah dengan laki lain kau kena jaga2 sbb aku mmg jenis yg kalau orang nk kawan aku jenis mcm mana pun aku boleh, Ok ketiga pula…

3. Yg ni jujur aku kata betul, mata laki scanner, aku tak nafikan si penulis tu x de sifat yg sama termasuklh aku dan mana2 laki tapi .. ada tapinya, itulah sebab lelaki harus menundukkan pandagannya dan perempuan pula harus menutup aurat dengan sempurna. Maksud aku , perempuan kena beringat yang dia kena pakai longgar2 dan tutup tempat hotspot dia dgn betul. Aku bukan jenis yang suka lepak dgn pak ustaz duk pakai serban dkt masjid tu, aku ni memang lepak dengan geng duk kedai kopi main dam haji dan kad terup jdi aku tahulah geng akunya perangai mcm mana tpi kau leh nilai lah aku ni perangai mcm mana atas dasar diri kau sendiri, aku tak kata yang aku ni baik macam pak ustaz dan jahat macam firaun dan yahudi mabuk serta melayu yang lupa asalnya. Semuanya terpulang pada kawan2 aku nak nilai aku macam mana jadi aku tak kisah diri aku dipernilaikan oleh orang sebab mata orang tu mcm tu, jdi aku nk kata apa kan. Siapa kenal aku dia tahulah aku macam mana hahaha. Ok jauh tersasar lak, ok bab mata scanning tu ada betul tak otak power imaginasi ni x nafikn mmg ada jugak. Dan lagi satu aku nk citer dgn kau, setakat  ni kalau aku ada kena jumpa atau kena keluar dgn orang yg bukan ahli keluarga aku dan jantina dia perempuan aku akan memang menitik berat dua benda ni selalunya “ aurat dan inform” aurat tu aku akan pastikan yang keluar dgn aku pakai mmg longgar dan tak ketat sebab aku x nk Nampak pelik dan lagi elok jenis pakai kain ni. Sebab tak Nampak bentuk peha dan sebagainya. Kedua inform, bagitau parents terutama bapak atau mak yg nk keluar dgn aku sebab aku x suka bawak anak orang sukahati sana sini walaupun urusan kerja tu x sampai 1kilometer dari umah dia. Tapi setakat ni pun aku pernah bawak sorang dua je pun itupun kawan aku waktu sekolah sebab nak settlekan kerja photography aku je dan selebihnya aku lebih suka datang ke rumah diaorang dan buat kerja dekat situ depan parents diaorang sbb aku rasa nak diaorang percaya tujuan aku haha. Ok lgi sekali melalaut panjang jdi aku stop dkt sini bab mata. Kesimpulan, pakailah longgar x kira laki dan perempuan. Keempat lak

4. Yg ni ada aku sokong ada yang aku tak sokong hahaha, bab mesej lepas kul 12, aku x suka dia kata ada tujuan yang level yakjud makjud .. tak semua sama, tapi kalau bab rindu , sorang je ke, baring2 tu .. aku sendiri kata jangan layan haha sebab aku pun x de masa nk Tanya mcm tu dekat kau dan kalau kau dapat laki mesej kau mcm tu pun jgn lh layan dia , sbb kdg2 kalau jenis yg ok tu x pe lh ni jenis yg perangai mcm aku cakap tdi , touch n go  je selalu ada sikap mcm tu …  bagi aku tak kisah perempuan nk chat dgn aku kul bape , malahan kul 2-3 pagi sekalipun sbb aku ni mcm yg aku kata, open .. jdi aku ni jenis korang nk share masalah ke 2-3 pagi, nk borak ke apa ke sbb x leh tido aku leh je layan dan kalau aku tgh chat korang dan korang rasa nk tidur dan x nk layan aku .. silakan je cakap yg korang kena pergi sbb dh lewat jdi aku xlawan pun permintaan korang haha .. sbb aku tahu apa penulis nk sampaikn, dia nk lindung perempuan , itu yg aku faham . aku ceritialah sikit apa yg aku pernah lalui, aku pernah dpt call kul 3 pagi dari seorang kawan perempuan aku yg tgh kecewa dgn hidup dia dan tak tahu nak buat apa. Cuba kalau kau fikir aku nk buat niat jahat, mesti aku dh hasut dia kn ? tpi tak, aku nasihat dia balik dan Alhamdulillah harini dia masih dalam keadaan ok dan dia stabil dgn diri dia. Aku ni memang kalau dari luaran orang kata Nampak ganas, jahat, rupa x de pun mcm orang baik haha tpi kalau aku buat jahat sekalipun aku takkan ajar orang dan aku kalau Nampak orang buat jahat aku halang sbb aku x nk orang lain jdi jahat sekali. Itu lah diri aku. Ok sambung balik, lelaki ni dia ada perangai mcm2 jdi ada yg diblock dia akan berharap lgi dan akan ada yg pergi jdi x semua sama, sebenarnya perempuan tu sendiri kena tahu niat laki tu macam mana. Ok settle 4 pekara.

Sorry kalau ada selit2 mcm2 benda dan panjang lebar mcm ni…. Kesimpulan aku,

yup laki banyak rahsia dan perempuan pun sama. Apa yang aku pernah lalui aku tahu rahsia perempuan dan lelaki macam mana. Bila penulis kata yang dia kesian dekat perempuan sering ditipu oleh laki, aku pun sama kesian jadi kesimpulan aku akan lain dan tak sama dengan dia , dari di sini kesimpulan aku, aku sendiri pernah alami ditipu oleh perempuan jadi aku nak kata dua2 jantina ni ada masalah dan masalah dia kedua-dua ni x pernah lari .. nafsu  dan akal menjadi permainan diri. Dari segi lain, aku akan ceritalah sebelum yang ni lak habis. Ok aku dah nasihat mcm2 orang, anak dara, anak teruan , mak janda, makcik tua pakcik tua, yg pangkat adik abang kakak , x kira agama apa dan warna kulit. Aku berkawan dgn mcm2 jenis orang , sebaik2 ibarat malaikat dan sejahat ibarat syaitan pun ada, aku dekat tengah2.. tak belah pihak mana2. Setiap kali aku berjumpa dgn orang2 ni aku akan dpt pengalaman baru dan kesimpulan baru termasuklah diri kau haha. jdi nk mudahkn kesimpulan ni aku x belah mana2 jantina dan aku lelaki , aku tahulah lelaki itu apa.

ok dan ini yang aku tgh usahakan sekarang dan aku tgh cari maklumat :

aku ada terbaca satu kisah ttg seorang ibu yang anaknya lari dari rumah , dah dua kali aku baca dkt media. Ibu ni dia sakit cancer , ada 3 jenis cancer dan anak dia memberontak dan buat perangai. Niat aku jika ada peluang aku nak jumpa dengan anak dia dan bawak beberapa orang kawan aku untuk nasihat anak dia, anak dia perempuan  .. aku tahu anak dia terpengaruh dgn laki salah satunya, aku kesian dgn mak dia dan aku kesian dgn anak dia jugak sbb baru 17 tahun, x tahu apa yg dia tahu manis dunia luar hanyalah permainan sektika namun pahitnya akan ditelan selamanya nanti. Sekarang ni aku tgh cari alamat rumah atau nombor telefon rumah ibu dia, sbbnya atas maklumat aku dpt ibu dia yg call wartawan untuk ceritakan ttg kehilangan anak dia. Ok aku tak cerita lagi bab ni, anak dia dh dijumpai polis dan dah balik pertengahan bulan 10 haritu Cuma dari apa yang aku baca lagi anak dia terus membrontak lagi. Doakan misi aku ni Berjaya. Sbb aku kesian dkt ibu dia.

ok nilah bebelan beribu kata aku, andai kata ada salah silap harap dimaafkan , aku ni bukannya hebat dalam bicara Cuma ini luahan kata aku dan aku ni bukanlah ahli agama yang mampu membentanbgkan hujah menggunakan ayat2 kitab suci namun aku pernah lalui hidup Ini dengan manusia yang telah ditakdirkan bersama sekali , jadi pengalaman aku cerita untuk iktibar semua.

maaf sekali lagi kalau pening bila baca .

Assalamualaikum.